Azwen Training Consultancy Services Sdn.Bhd.(No.Sykt.656338-D) adalah merupakan pengendali Lembah Azwen Resort yang telah diperbadankan pada 17 Jun 2004. Ianya merupakan syarikat 100 peratus Bumiputera dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia sebagai sebuah syarikat yang menawarkan kursus-kursus latihan, motovasi diri, jati diri berkumpulan mahu pun kursus-kursus terlatih.
Kami mempunyai anggota-anggota Pelatih yang berpengalaman didalam bidang mereka masing-masing yang mampu menyalurkan pelbagai topik yang berkaitan dengan kepimpinan dan pengurusan, pengukuhan kumpulan, jualan dan pemasaran, usahawan, perhubungan awam dan sebagainya.
Syarikat juga turut mampu mengadakan dan menganjur temasya-temasya seperti hari keluarga dan aktiviti-aktiviti sukan kepada mana-mana syarikat di pusat riadah ini yang menjadi satu kebanggaan kepada syarikat induk kami iaitu Ungku Jamilah Holdings Sdn.Bhd, pemilik Resort ini.
Selain daripada yang dinyatakan diatas, syarikat juga menyediakan perkhidmatan membekalkan cendramata dan hadiah-hadiah koporat.
Kami akan pastikan setiap program yang dijalankan oleh kami:
- Diselaraskan dan menepati keperluan peserta dan organisasi;
- Mampu menerapkan nilai-nilai positif di dalam diri setiap peserta;
- Digarap supaya tahap peserta akan meningkat secara positif dari aspek fisikal, emosi, rohani, moral dan jati diri;
- Dijalankan oleh pasukan Jurulatih yang berhemah lagi mahir; dan diadakan di dalam persekitaran yang sesuai bagi membolehkan peserta menimba ilmu dengan baik.
Kami menyediakan modul-modul latihan yang kompetitif selaras dengan kehendak dan objektif pelanggan. Matlamat setiap program yang dikendalikan adalah untuk:
- Meningkatkan kefahaman dan pengetahuan peserta;
- Mempertingkatkan tahap sikap keperibadian peserta;
- Membimbing peserta kearah sifat-sifat disiplin, jatidiri, bermotivasi dan produktiviti yang tinggi;
- Membuka minda peserta kepada idea-idea baru untuk merancang strategi; dan seterusnya menawarkan khidmat nasihat dan rundingan yang baleh dimanfaatkan untuk menaikkan image, prestasi dan hasil pengeluaran organisasi.











