Accomodation in Lembah Azwen Resort Accomodation

Di Lembah Azwen Resort, terdapat chalet (24 unit) dan dormitori (6 blok) yang boleh menempatkan sehingga 350 orang.

Activities in Lembah Azwen Resort Activities

Aktiviti yang menarik lagi mencabar menunggu anda di Lembah Azwen Resort yang wajar anda lalui!

Facilities in Lembah Azwen Resort Facilities

Lembah Azwen Resort menawarkan pelbagai kemudahan untuk keselesaan anda.


Lembah Azwen Resort is a holiday cum leisure destination that has been developed on a virgin forest land measuring about nine acres.

Lembah Azwen Resort merupakan pusat riadah yang telah dirancang dengan begitu rapi agar ianya dapat disesuaikan dengan kawasan persekitaran dan ketenangan semulajadi Hutan Ampang, Hulu Langat. Pusat riadah ini telah dibangunkan dengan pelbagai premis bangunan yang serba lengkap dengan kemudahan dan fasiliti moden.

Dengan keluasan kawasan sekitar sembilan ekar, pusat ini boleh dikunjungi dengan mudah melalui jalan utama Hulu Langat Pungsun dengan mengambil masa hanya dua puluh lima minit dari pusat Bandaraya Kuala Lumpur.

"Alami kepuasan melalui pengalaman sambil menikmati kehidupan alam semula jadi"

Pusat ini juga menyediakan pelbagai fasiliti dan peralatan bagi tujuan aktiviti-aktiviti luaran seperti kawasan perhimpunan dan pembarisan, “jungle tracking”, laluan berhalangan, berkayak, berakit, “flying fox”, “bear passage”, kolam renang dan juga kolam ikan bagi mereka yang berminat memancing.

Lembah Azwen Resort telah menempa nama dengan begitu cepatnya sebagai salah satu pusat raidah yang dikenali dan disukai ramai tertutama sekali dari kalangan koporat samada dari sektor awam mahu pun sektor swasta bagi menganjurkan seminar, latihan, bengkel atau acara-acara tahunan seperti hari keluarga atau sekadar upacara rekreasi luaran yang tidak rasmi.

Lembah Azwen Resort - Photo GalleryPhoto GalleryClick to View

Lembah Azwen Resort - Our Values

Sejak pusat ini dibuka pada tahun 2005, kami telah dapat menarik berbagai oganisasi-oganisasi awam dan juga swasta mahu pihak universiti atau institusi-institusi pengajian tinggi dalam menampung keperluan-dan kegiatan-kegiatan mereka ke pusat ini bagi menjana tahap kebajikan dan pembangunan diri yang positif bagi kakitangan mahu pun pelatih-pelatih mereka.